Online Diary .:Tinta Pena:.: Tip 10k dalam persahabatan

Total Pageviews

ini cerita saya.. cerita tentang seorang gadis remaja.. :NURUL NAJWA:

Nak Sedekah ?? Tekan bawah! :)

Jom Ikut Najwa! Najwa Ikut Balik :)

Monday, May 30, 2011

Tip 10k dalam persahabatan

Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dalam persahabatan. Setiap persahabatan mempunyai keistimewaan yang telah ditetap oleh Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang. Oleh yang demikian 10K yang perlu dalam sebuah persahabatan.

10K dalam persahabatan
Kecintaan merupakan elemen yang paling penting skali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara 2 insan yang di sandarkan kepada si pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap uhibbuka/i/filah (bagi sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana Allah ( InsyaAllah )

Kasih Sayang lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi kadangkala kasih sayang tak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. InsyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

Keikhlasan dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

Kesetiaan terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap mereka, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, InsyaAllah.

Keberanian dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita kena dan perlu berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita, kerana sebagai sahabat kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?


Kejujuran juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

Kemaafan sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

Kesedihan apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah bersedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka kerana tidak ada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

Kegembiraan begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita kegembiraan mereka jua.

Keserasian di sini bukanlah bermaksud ” kau cantik, aku mesti cantik, ”kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara 2 pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurang pergaduhan disebabkan salah faham.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 0000 kiut miut berceloteh:

Sayang Mereka ! :)

my lovely mom..NOOR ADLINA AWALLUDIN*teacher
my beloved dad n sis.KAMARUZAMAN MAJID *teacher n NURUL HANIS FARZANA..*7 years 2011
 
Copyright © . All Right Reserved by kak lyssa