Online Diary .:Tinta Pena:.: Cer citer..cer citer!!!

Total Pageviews

ini cerita saya.. cerita tentang seorang gadis remaja.. :NURUL NAJWA:

Nak Sedekah ?? Tekan bawah! :)

Jom Ikut Najwa! Najwa Ikut Balik :)

Friday, June 10, 2011

Cer citer..cer citer!!!


Cerita 1

Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik. Setelah beberapa soalan ditanya kepada doktor berkenaan penyakitnya, doktor itu menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan lidahnya panjang-panjang.

Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di mejanya. Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri dan berkata, "sudah selesai. Sekarang masukkan lidah awak dan tutup mulut awak semula".

Dengan kehairanan pemuda itu melakukannya dan bertanya, "doktor, tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah panjang-panjang, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa saya lakukan semua itu tadi?".

"Supaya", jawab si doktor,"saya boleh menulis report kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan awak yang bertubi-tubi seperti tadi".

Cerita 2

Seorang ibu di kampung menceritakan kepada temannya tentang anaknya dengan penuh rasa bangga, "anak gadis saya yang masih menuntut di IPTA tinggal di kondo kat KL. Dia makan malam di restoran yang berbeza setiap hari, ada baju bagus-bagus dan banyak kekasih".

Rakannya membalas, "saya faham perasaan engkau. Anak gadis saya juga seorang pelacur seperti itu. Tabahlah".

Cerita 3

Linda sedang menampal kertas dinding (wallpaper) gambar bunga-bunga di dinding biliknya. Setelah selesai dia memanggil ibunya untuk memberi komen mengenai hasil kerjanya itu.

"Kertas dinding yang kau pasang ini cantik sekali, tapi mengapa di bahagian sana gambarnya agak menonjol seperti tidak rata", tanya si ibu.

"Oh! baru saya ingat, saya lupa menanggalkan jam dinding tadi".

Cerita 4

"Moyang aku berperang melawan Jepun. Datuk aku berperang melawan Portugis. Dan ayah aku berperang melawan Bugis", Payid memulakan perbualan.

 "Nampaknya keluarga engkau tidak boleh bertolak ansur langsung dengan orang lain", kata Hassan selamba.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 0000 kiut miut berceloteh:

Sayang Mereka ! :)

my lovely mom..NOOR ADLINA AWALLUDIN*teacher
my beloved dad n sis.KAMARUZAMAN MAJID *teacher n NURUL HANIS FARZANA..*7 years 2011
 
Copyright © . All Right Reserved by kak lyssa