Online Diary .:Tinta Pena:.: KECANTIKAN SEBENAR SEORANG WANITA

Total Pageviews

ini cerita saya.. cerita tentang seorang gadis remaja.. :NURUL NAJWA:

Nak Sedekah ?? Tekan bawah! :)

Jom Ikut Najwa! Najwa Ikut Balik :)

Sunday, July 24, 2011

KECANTIKAN SEBENAR SEORANG WANITA

    
  
                Kecantikan selalunya dikaitkan dengan kaum wanita dan tentu sahaja wanita cantik dan indah kerana wanita juga ciptaan Allah. Tetapi di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Jawapannya tentulah berbagai-bagai tafsiran dan pandangan; ada yang mengatakan kecantikan wanita itu pada wajah, bentuk tubuh, tingkah laku atau kebijaksanaannya.  Tetapi apabila kita melihat dari segi penilaian Allah yang sesungguhnya pasti tepat dan benar adalah kecantikan budi pekerti ataupun akhlaknya. Inilah kecantikan hakiki mengikut penilaian Allah. Rasullullah s.a.w. bersabda: “Mukmin yang terbaik adalah yang terbaik akhlaknya.” Mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah akhlak dan budi.
               
               Ada ungkapan yang berbunyi , kemusnahan akan menimpa jika wanita mula merasai dirinya cantik dan berbangga dengan kecantikannya. Tetapi menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Dia akan rosak dan merosakkan orang lain. Tanpa Iman, kecantikan akan dipergunakan  ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain.
              
                 Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikan itulah yang salah. Cantik tapi tak berakhlak umpama bunga yang cantik, tapi jarang yang wangi. Tetapi cantik dan berakhlak , inilah yang hebat, umpama cantiknya wanita solehah pada zaman Rasulullah s.a.w. seperti Ummahatul Mukminin Siti Aisyah r.h.a, Atikah binti Zaid dan lain-lain. 
               
                 Apabila Iman ditanam, syariat ditegakkan , akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik dan indah. Inilah dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, tapi jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat? Apa gunanya wajah yang cantik kalau mendedahkan aurat?
               
                 Kata orang rambut itu mahkota wanita tetapi sayangnya ia terpaksa ditutup apabila menutup aurat. Bukankah ini menutup kecantikan wanita?.Ingin ditegaskan bahawa kecantikan itu tidak terletak pada rambut, hingga menutup rambut boleh menghilangkan kecantikan wanita. Memang rambut mahkota wanita..justeru itu ianya tidak boleh dipamerkan sesuaka hati. Hanya ratu yang memakai mahkota. Ratu hanya memakai mahkota dalam majlis-majlis tertentu, di hadapan orang-orang tertentu. Dia tidak memakai mahkotanya ke pasar-pasar, ke tempat-tempat awam, kerana takut akan ada orang yang merompak  atau merosakkannya.
               
                 Begitulah rambut pada wanita, jika dianggap mahkota maka ia perlu disimpan dengan baik. Ditutup dengan kain yang sopan. Dan wanita solehah adalah ratu yang hanya mempamerkannya kepada orang yang berhak yakni suaminya. Kecantikan wanita tidak akan terlindung hanya dengan dia memakai tudungnya, kerana ada banyak kecantikan lagi yang boleh dipamerkan misalnya kecantikan tutur kata, tingkah laku dan budi pekerti yang boleh diserlahkan.
              
                    Bagaimana masih boleh kelihatan cantik walaupun telah menutup aurat? Jagalah hal-hal yang lain yang boleh dipamirkan. Misalnya wajah kita biarlah bercahaya, pakaian kita kemas, muka kita bersih dan pandangan kita lembut. Begitu juga dengan kekemasan pakaian. Janganlah menutup aurat sahaja yang dipertahankan tetapi kebersihan dan kekemasannya diabaikan. Itu juga menjadi kewajipan. Memang wanita muslim dilarang memakai haruman yang kuat, tetapi janganlah sampai berbau busuk pula.
               
                  Walaupun anda tidak memiliki wajah yang cantik ( pada pandangan manusia) tetapi itu tidaklah bermakna anda harus rasa malu, jangan hilang bahagia atau resah jiwa kerana kecantikan yang hakiki itu terletak pada akhlak dan pekerti yang baik. Anda mestilah mengatahui kelebihan diri dan manfaatkannya untuk membuang rasa malu tidak bertempat yang singgah di hati anda sekarang. Ingatlah, bijak pandai ada berkata : “Tuhan tidak menciptakan manusia hodoh, tetapi Tuhan mencipta manusia dengan kecantikan yang berbeza.”
               
                    Anda tidak boleh mengubah wajah anda, tetapi anda boleh mengubah kelakuan anda. Dari buruk kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik…InsyaAllah. Ramai orang yang cantik pada mulanya, tetapi apabila kita mula bercakap dan bergaul dengannya kita sudah tidak mengkagumi lagi kecantikannya. Sudah ditenggelamkan oleh mulutnya yang celupar, sikapnya yang kasar.
                               
                   Tetapi berapa ramai orang yang mukanya buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila kita dekati dan bergaul dengannya, semakin hari semakin menawan pula. Sudah terlindung kekurangan pada wajahnya dek akhlaknya yang baik. Anda boleh menjadi orang itu…

                KECANTIKAN YANG ABADI TERLETAK PADA KEELOKAN ADAB DAN KETINGGIAN ILMU SESEORANG, BUKAN TERLETAK PADA WAJAH DAN PAKAIANNYA. (HAMKA)
Jadilah insan yang cantik dalam erti kata sebenar…

**Orang perempuan yang mencabut bulu kening dan melukis kembali keningnya dengan celak, awas jangan keluar waktu hujan, nanti kening pun hilang. Dah tak cantik.



Rujukan :
Carilah yang cantik : 74 ( Tentang Cinta –Pahroi Mohd Juoi )
Kecantikan itu penting :172 (Biar Betul-Betul – Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 0000 kiut miut berceloteh:

Sayang Mereka ! :)

my lovely mom..NOOR ADLINA AWALLUDIN*teacher
my beloved dad n sis.KAMARUZAMAN MAJID *teacher n NURUL HANIS FARZANA..*7 years 2011
 
Copyright © . All Right Reserved by kak lyssa